Jumat, 27 Agustus 2010

Bagaimana Mengelakkan Kerugian Di Dalam Forex

Kesilapan 1 : Menyertai forex kerana boleh cepat kaya.


Kebanyakkan para trader newbie gemar menggunakan kadar leveraj yang tinggi kerana mereka fikir, dengan modal yang kecil, mereka boleh melipat gandakan kekayaan dalam masa yang singkat. Ini memang kesilapan besar!! Sememangnya jika anda menggunakan leveraj yang tinggi, dalam masa singkat anda boleh melipatgandakan modal anda.


Tetapi, dalam masa yang sama juga anda boleh kehilangan modal anda dalam masa yang singkat juga jika market berpatah arah. Perkara inilah yang kebayakkanya dilupakan oleh para newbie iaitu jika anda menigkatkan lagi potensi keuntungan, anda juga akan meningkatkan potensi kerugian.


Jika anda mahu membuat duit di forex, anda haruslah melindungi modal anda dengan cara mengunakan leveraj yang bersesuaian dengan modal anda. Belajarlah dahulu bagaimana menetapkan leveraj ke atas modal anda sebelum memasuki pasaran forex. Seelok-eloknya anda perlu ada 'Jadual Perancangan' untuk mengembangkan modal anda secara berperingkat.


Kesilapan 2 : Berfikir membuat duit di forex adalah mudah.


Jika buat duit di forex adalah mudah, teori 95% trader baru kebanyakan gagal di dalam forex tidak akan wujud di dalam kamus perniagaan forex. Forex adalah satu perniagaan yang sangat kompleks dan pergerakkan pasarannya amat susah untuk diramal. Anda hanya boleh membuat duit di forex hanya jika anda tahu apa yang sedang anda lakukan.


Jalan terbaik yang perlu anda lakukan untuk membuat duit di forex adalah mengkayakan diri anda dahulu dengan ilmu & teknik yang betul untuk bertrading di forex. Laburlah modal anda dahulu kepada ilmu pembelajaran forex sebelum melabur ke dalam akaun forex anda. Di dalam Kit Forex terdapat panduan lengkap untuk anda belajar forex.


Kesilapan 3 : Berfikiran bahawa anda lebih bijak dari orang lain atau lebih bijak dari pasaran forex.


Kadang-kala ada juga para newbie beranggapan bahawa dirinya lebih baik daripada orang lain di dalam hal trading di forex. Golongan ini kebanyakkanya terdiri daripada student ataupun golongan bijak pandai yang lain. Mungkin sebelum ini mereka pernah mengambil mata pelajaran forex (agaknyelah kot..) dan disebabkan itu mereka beranggapan "alah.. forex ni senang.. aku pernah belajar dulu." Ini juga kesilapan besar yang perlu anda elakkan. Ingat!! Apa yang anda belajar dahulu adalah 10% teori sahaja. Hakikatnya 90% lagi adalah praktikal yang perlu anda dalami lagi ilmu pengetahuannya. Forex lebih kepada pasaran semasa.


Satu lagi kesilapan biasa adalah, mereka beranggapan mereka lebih bijak dari pasaran forex. Contohnya kebanyakkan trader apabila harga sedang kencang melonjak naik, mereka akan meletakkan sell limit pada sesuatu point tanpa kajian terperinci kerana  kononnya berharap harga akan turun pada point yang di tandakan sell limit itu. Adakah ini tindakkan bijak? Pelabur yang bijak sebenarnya mereka akan melakukan trading mengikut trend pasaran.


Jadi, inilah kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh para trader forex khususnya newbie semasa menjalankan trading di forex.


Semoga melalui info ini, anda tidak melakukan kesilapan-kesilapan tersebut.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Dua cara menghasilkan uang gratis dari internet bersama Marketiva.com:

  1. Buka account, maka anda mendapatkan uang tunai $5, tradingkan sampai untung, maka keuntungan bisa anda tarik.
  2. Buka account, trading di desk virtual (uang mainan), apabila anda menjadi juara bulanan atau tahunan maka anda akan mendapat hadiah uang betulan sebesar $30 untuk master of the month, dan $500 untuk master of the year.

Anda tidak perlu memilih, kedua cara diatas bisa anda jalankan bersamaan untuk menghasilkan uang dari internet. Silakan buka account DiSiNi, dan lengkapi identifikasi dengan cara upload KTP atau Passport atau SIM anda agar nanti hadiahnya bisa anda tarik ke rekening bank atau ecurrency milik anda.