Tanggapan 1 : Jika saya tahu bermain saham, maka saya juga tahu bermain forex
Jika sebelum ini anda mempunyai pelbagai pengalaman & teknik bermain saham dan anda cuba mengaplikasikan ilmu anda bermain saham ke trading forex anda, maka anda silap. Tidak seperti saham, pasaran forex lebih kompleks. Ini kerana pasaran forex buka 24 jam sehari dan ini menyebabkan kecairan yang sangat-sangat tinggi ke atas forex berbanding saham. Contohnya jika saham, ada tempoh masa naik ataupun turun dalam masa yang panjang. Tetapi forex bila-bila masa sahaja pasaran boleh naik ataupun turun tanpa ada jangka masa.
Ramai trader yang mengangap trading forex semudah seperti bermain saham kerana pasaran forex buka 24 jam sehari. Mereka fikir, bila-bila masa sahaja boleh buat duit melalui forex tanpa menghiraukan risiko yang bakal mereka tanggung. Untuk trading di forex, anda perlu mempunyai pengetahuan yang dalam tentang pasaran. Anda perlu tahu masa yang sesuai untuk trading di forex supaya dapat di selaraskan dengan strategi pasaran.
Selain itu, Indikator yang biasa anda gunakan di pasaran saham tidak semestinya boleh digunakan dipasaran forex. Pasaran forex lebih kompleks. Oleh itu, Indikator saham tidak boleh di gunakan ke atas trading forex.
Broker forex juga tidak sama dengan broker saham. Kemungkinan atas sebab peraturan forex yang longgar, kebanyakkan broker forex tidak memberikan servis atau layanan yang baik kepada trader. Ianya amat susah untuk mencari broker forex yang baik berbanding broker saham.
Di dalam siri ekursus akan datang nanti kami akan terangkan kepada anda bagaimana mendapatkan broker forex yang baik.
Tanggapan 2 : Pasaran forex buka 24 jam sehari. Jadi saya boleh buat duit bila-bila masa sahaja
Sekali lagi ingin kami katakan, tanggapan ini adalah salah sama sekali. Di dalam usaha untuk membuat duit di forex, kesungguhan dan keperihatinan perlu tinggi. Walaupun pasaran forex di buka 24 jam sehari, namun majoriti pada waktu tersebut tidak boleh menghasilkan trade yang baik.
Maka di sebabkan itu trader yang bijak, adalah trader yang hanya trading pada waktu yang tertentu sahaja mengikut strategi yang telah di tetapkan.
Tanggapan 3 : Di dalam forex tiada "trading fees". Maka, boleh buat trading banyak-banyak dalam satu hari
Sememangnya anda tidak perlu membayar komisen apabila membuka sesuatu posisi. Tetapi anda di kenakan spread iaitu perbezaan di antara harga bid & ask (diterangkan di dalam ebook Panduan Asas Forex)
Maka, semakin banyak anda membuka order atau trade, semakin susah untuk anda mencapai keuntungan ke atas trade anda kerana anda akan di kenakan kadar spread yang tinggi. Di dalam pasaran forex dan juga pasaran lain, trader harus mengelakan diri daripada melakukan "Over-trading".
Tanggapan 4 : "Anda perlu bertindak berdasarkan ramalan yang akan berlaku ke atas pasaran forex."
Anda perlu bertindak samada "buy / sell" sesuatu matawang berdasarkan ramalan yang akan berlaku ke atas pasaran. Ini adalah tindakan yang SALAH sama sekali. Trader yang bijak, bertindak berdasarkan apa yang mereka nampak telah berlaku ke atas pasaran. Mereka akan analisis carta, membaca sesuatu laporan berita dan bertindak dengan segera mengikut pergerakkan pasaran.
Tanggapan 5 : Strategi yang rumit dihasilkan, adalah strategi yang terbaik.
Ini adalah salah satu juga masalah yang berlaku ke atas trader kita. Mereka sering mencari jalan yang susah / rumit untuk menganalisa sesuatu chart dan menganggap keputusan yang dihasilkan melalui cara yang rumit itu adalah yang terbaik. Ini startegi salah!!
Strategi yang sebenarnya adalah hanya membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian kita ke atas Indicator yang simple. Tidak perlu memeningkan kepala. Contohnya, Indikator kitforex yang amat mudah di fahami dan mudah untuk anda membuat keputusan walaupun anda bukan pakar forex.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar